top of page

Ewon, Shahelmy pengerusi mesyuarat ketiga JK Intervensi Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan di Sabah

  • nabalunews
  • 21 hours ago
  • 1 min read

29 Mei 2025


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2025, di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Persekutuan, di sini hari ini.


Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Hj. Rosli Isa, ketua-ketua jabatan dan agensi teknikal yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan Sabah biayaan Kerajaan Persekutuan yang masih berada pada status pra-pelaksanaan.


Ewon berkata, mesyuarat kali ini menumpukan kepada Projek-projek Tebatan Banjir, Projek Bekalan Air dan Elektrik, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.

Katanya, dalam mesyuarat itu pelbagai cadangan intervensi telah dibincangkan bertujuan memastikan peruntukan pembangunan untuk Sabah dapat dijayakan dan projek dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak supaya rakyat mendapat manfaatnya.


“Mesyuarat ini adalah platform penting untuk menyemak status pelaksanaan projek, mengenal pasti kekangan sebenar serta merangka tindakan intervensi agar projek dapat dimulakan dengan segera dan memberi impak tinggi kepada rakyat,” katanya.

Ewon berkata, pelaksanaan Mesyuarat Khas Intervensi sejak awal tahun ini telah menunjukkan hasil positif, dengan banyak isu teknikal dan pentadbiran berjaya diselesaikan lebih cepat melalui libat urus terus antara agensi pelaksana, kementerian dan Kerajaan Negeri.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page