Ewon sokong bekas pelajar SMK Narinang wujudkan persatuan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sokong bekas pelajar SMK Narinang wujudkan persatuan


Ewon (kanan) menerima cenderakenangan daripada Albanius.

18 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, berkata alumni sekolah berperanan penting memberikan sumbangan kepada bekas sekolah mereka dari segi program-program kecemerlangan dan pembangunan sekolah itu.


Sehubungan itu beliau berharap alumni atau bekas pelajar-pelajar SMK Narinang Kota Belud dapat mewujudakan persatuan alumni sendiri bagi memudahkan mereka merancang dan melaksanakan program-program sokongan pelajar dan bekas sekolah mereka.



“Saya akan terus memberikan sokongan penuh penganjuran Majlis Reunion Bekas Pelajar SMK Narinang dan berharap pada tahun-tahun hadapan, penganjuran majlis ini diperluaskan lagi melibatkan kesemua bekas pelajar sekolah ini.


“Saya adalah ahli Persatuan Alumni SK Kiau yang sudah berdaftar dan setiap tahun persatuan ini memberikan sumbangan program-program SK Kiau, begitu juga dengan Persatuan Alumni SMK Bundu Tuhan bekas sekolah saya dahulu.


Ewon (dua dari kiri), Munira (kanan), Elica dan Albanius (kiri).

“Saya turut menyokong pengwujudan persatuan itu kerana ia memudahkan bekas-bekas pelajar sekolah berkenaan menyumbang idea, khidmat nasihat atau sumbangan kewangan untuk pembangunan bekas sekolah mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis makan malam Reunion Bekas Pelajar SMK Narinang di Putra Ballroom Bukit Padang, di sini, semalam.



Turut hadir isteri Ewon, Datin Connie Parantis, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munira Majilis, Timbalan Ketua Bahagian Upko Kota Belud Carlye Lajimin dan Pengerusi Penganjur Albanius Sitimin dan bekas guru sekolah itu.


Majlis yang julung kalinya dianjurkan itu dihadri bekas pelajar SMK Narinang yang lahir tahun 8an, dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan menarik daripada  artis jemputan Ben Simon dan Elica Paujin.


Turut diadakan cabutan tiket bertuah, karaoke dan anugerah King & Queen of the night.


Ewon dan Connie (tengah) bergambar bersama bekas pelajar SMK Narinang yang hadir pada majlis itu.

Ewon berkata, peranan alumni bukan hanya terhad kepada membantu dari segi kewangan tetapi lebih penting mereka dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan modal insan pelajar, sekolah dan masyarakat serta menjadi ‘role model’ kepada para pelajar sekolah itu.


“Ramai bekas pelajar SMK Narinang yang mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, saya percaya sekiranya ada persatuan alumni sekolah ini, akan memudahkan mereka melaksanakan program-program untuk kecemerlangan bekas sekolah mereka,” katanya.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page