Ewon sokong hasrat Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad ceburi perniagaan Ar-Rahnu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sokong hasrat Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad ceburi perniagaan Ar-Rahnu


17 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUCHING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyokong hasrat Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad menceburi perniagaan Ar-Rahnu, satu daripada 100 koperasi terbaik di Sarawak.


Beliau berkata, ia dapat membantu peniaga kecil-kecilan mendapatkan pembiayaan modal secara halal, mudah dan cepat.


“Saya ingin melihat gerakan koperasi membantu masyarakat kita terutamanya peniaga kecil-kecilan di tamu-tamu keluar daripada kepompong kemiskinan melalui perniagaan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mendengar Taklimat dan mengadakan tinjauan mesra di sekitar premis Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad, di Cafe Koperasi, Bangunan Tabung Baitulmal Sarawak, di sini, kelmarin.


Ewon mengadakan kunjungan di premis koperasi berkenaan sempena lawatan kerja sehari di Kuching, hari ini.


Selepas itu beliau menyempurnakan majlis perasmian Seminar Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Sarawak Dalam Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani dan seterusnya melancarkan Stesen Minyak PCS (Petronas ROVR) Koperasi Permodalan Salcra Sarawak Berhad.


Sementara itu Pengerusi Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad Datu Abg Shibli Hj Abg Mohd Nailie berkata, koperasi itu menjalankan pelbagai perniagaan antaranya peruncitan, perkhidmatan katering, pembekalan perkhidmatan tenaga kerja, perkhidmatan digital dan pembiayaan pinjaman kredit.


Beliau berkata, visi koperasi ialah menjadi sebuah koperasi yang dinamik untuk membela, membangun dan memelihara kesejahteraan anggotanya dan masyarakat.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Negeri Sarawak Liew Liuk Chim dan pegawai-pegawai kanan SKM serta ahli-ahli Koperasi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page