Ewon sokong pembangunan pelancongan Tagal Tambulion Ulu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sokong pembangunan pelancongan Tagal Tambulion Ulu

Ewon (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Raisah Latip mewakili jawatankuasa tagal Tambulion Ulu, turut kelihatan Boniface (kanan).

24 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebagai sokongan kepada jawatankuasa pelancongan Tagal Tambulion Ulu.


Beliau berharap sumbangan itu dapat memperkasakan semangat jawatankuasa itu untuk membangunkan pelancongan berkenaan.


“Dalam kunjungan saya di sini pada bulan lalu, saya telah bersetuju menyalurkan sumbangan RM5,000 bagi jawatankuasa Tagal Tambulion Ulu dan hari ini, saya menunaikan janji saya kepada mereka.

Ewon bersalaman dengan penduduk kampung.

“Sebelum ini saya juga telah menyampaikan sumbangan RM1,600 untuk pembelian tiang elektrik di kawasan itu seperti yang dimohon oleh ahli jawatankuasa pusat rekreasi Tagal Tambulion Ulu,” katanya.


Sumbangan itu disampaikan kepada Pengerusi Tagal Tambulion Ulu Boniface Jiran, semasa kunjungan Ewon di pusat rekreasi itu, hari ini.


Ewon turut menyokong cadangan jawatankuasa Tagal Tambulion Ulu mewujudkan galeri di kawasan itu yang mempamerkan transisi kehidupan penduduk kampung berkenaan sejak 60an atau sebelumnya.

Sementara itu Boniface berkata, baru-baru ini Taman Rekreasi Bombon Tambulion Ulu menjadi salah satu peserta dalam mencipta rekod “Longest Non Stop Live Broadcasting Tourism Fair dalam Malaysia Book of Records dan menerima tempat kedua “The Best Performance Eco Tourism of Kota Belud 2022.


“Sejak memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut, kami mula menerima kujungan pelancong dan juga beberapa tempahan awal misalnya pada 30 Oktober ini Taman Rekreasi Bombon Tambulion Ulu akan menjadi tapak penginapan Borneo Safari,” katanya.

Beberapa taman bakal diwujudkan di kawasan berkenaan iaitu Taman Kebudayaan Komuniti, Taman Bombon, Taman ‘Taj Mahal’, Taman 'Bamboo Tree House' dan Taman Liwogu Ruggading.


Pusat rekreasi itu mempunyai keluasan enam ekar lebih terletak di sepanjang Sungai Wariu Tambulion Ulu hingga ke sempadan Kg Tambulion Laut, dimulakan sejak Jun lalu dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Fasa Pertama dijangka siap Ogos 2023.

bottom of page