Ewon sumbang kerusi roda dan peruntukan bagi keperluan asas Kg.Takulung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sumbang kerusi roda dan peruntukan bagi keperluan asas Kg Takulung


Ewon menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penerima.

16 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kerusi roda dan peruntukan bagi keperluan asas penduduk Kampung Takulung, di sini, hari ini.


Beliau berkata, sumbangan sejumlah RM3,000 itu bertujuan untuk menyimen dan membaiki jalan kawasan perumahan, keceriaan Tamu Takulung dan untuk menjayakan pertandingan sepak takraw belia kampung itu.


Selain menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada penerima Bini Gampos dan Maslianah Jeffrey, beliau turut menziarahi beberapa penduduk kampung yang perlukan bantuan.

Ewon menyampaikan sumbangan untuk menyimen jalan di kawasan perumahan Kg. Takulung.

Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang menerima.


Selepas itu beliau menghadiri Program Santai Bersama Penduduk Kampung Takulung di Tamu kampung itu dan menerima pelbagai aduan dan permohonan berkaitan keperluan asas termasuk untuk keceriaan kawasan tamu kampung itu.


Sementara itu Ketua Wanita UPKO Kg.Takulung Rupina Kumpit merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuan.

Ewon bersalaman dengan penduduk kampung.

Mengenai Tamu Takulung, beliau berkata, ia mula dibuka pada tahun 2017 tetapi terpaksa ditutup selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.


“Tamu ini dibuka setiap Selesa untuk memberi peluang kepada penduduk kampung menambah sumber pendapatan mereka melalui jualan pelbagai jenis barangan termasuk hasil pertanian,” katanya.

Ewon beramah mesra bersama penduduk kampung.

bottom of page