top of page

EWON TEKAD GALAS TANGGUNGJAWAB ADUN KADAMAIAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 10, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 3, 2021

10 OKTOBER 2020

Datuk Ewon Benedick, Adun Kadamaian

OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick bertekad terus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Kadamaian, walaupun kini berada dalam blok pembangkang.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kadamaian yang telah memberi kepercayaan dan sokongan padu kepadanya meneruskan pembangunan di kawasan itu.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan warga Kadamaian. Saya galas cabaran ini sebaiknya,” katanya.

Ewon mengangkat sumpah bersama Adun-Adun Sabah yang lain di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, manifesto beliau hanya satu iaitu Menjayakan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020-2035.

Ewon berjaya meraih sebanyak 6,823 undi menewaskan lima pencabar dari parti-parti lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page