Ewon terima kunjungan Ahli MDPg
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon terima kunjungan Ahli MDPg

Ewon menyampaikan sumbangan kepada Francis sebagai sokongan kepada atlet kontinjen Penampang yang akan menyertai Sukan Sabah, pada Disember ini.

31 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan daripada ahli Majlis Daerah Penampang (MDPg) di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), di sini, hari ini.


Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi MDPg yang juga Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan disertai Timbalan Pengerusi Chong Pit Fah, ahli-ahli Majlis Daerah Penampang, pegawai eksekutif dan jurutera.


Pelbagai perkara dibincangkan, termasuk penaiktarafan status Penampang sebagai Majlis Perbandaran, parking kereta berbayar Pekan Donggongon dan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat nasional yang akan diadakan di Penampang pada Disember ini.


Dalam kunjungan itu, Ewon turut memberikan penerangan ringkas mengenai program latihan dan skim-skim pembiayaan pembangunan keusahawanan yang boleh dimanfaatkan usahawan Sabah terutamanya dalam belanjawan 2024.


Taklimat mengenai parkir berbayar disampaikan oleh Jurutera MDPg Jonathan Lindua. Parkir berbayar telah dicadangkan sejak 2016 dan akan dilaksankaan pada tahun depan.


Sementara itu, mengenai sambutan HPPK di Penampang awal Disember ini yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Francis berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjayakan acara besar itu.


Pada majlis itu Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 sebagai sokongan kepada kontinjen Penampang yang akan menyertai Sukan Sabah disember ini.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page