Ewon Terus Perkasa Komuniti Kadamaian Melalui Inisiatif Sumbangan
nabalunews
6 days ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
6 Nov 2026
KOTA BELUD: Seramai 26 pemimpin komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menerima sumbangan kerusi plastik manakala 13 penerima lagi menerima kanopi dalam majlis penyerahan sumbangan “touch point” kepada komuniti kampung di kawasan itu.
Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian yang juga Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick.
Penyerahan dilakukan oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Hadlee Panchai.
Menurut Hadlee, sumbangan itu bertujuan untuk kegunaan komuniti dalam mana-mana program yang dilaksanakan di kampung mereka.
Beliau berkata, inisiatif tersebut telah dilaksanakan oleh Ewon sejak beliau menjadi ADUN Kadamaian pada 2018 sebagai salah satu usaha untuk mempermudahkan komuniti di kawasan itu.
Katanya, selain sumbangan itu, antara bantuan lain yang dilaksanakan sejak 2018 termasuk sumbangan ikhlas kelahiran, khairat kematian, bencana, pesakit kronik, pendidikan, keagamaan dan sebagainya, selain projek pembangunan, ekonomi dan keusahawanan.















Comments