top of page

Lapan Sekolah Berentap di Karnival Bola Sepak SRA Sabah Edisi ke-5

nabalunews
3 days ago
1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 9 Nov – Karnival Bola Sepak Sekolah Rendah Advent (SRA) Sabah 2026 Edisi ke-5 berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Piasau, Kota Belud, hari ini, membabitkan penyertaan lapan buah sekolah dalam kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun dengan format 11 sebelah.


Guru Besar SRA Rangalau selaku Pengerusi Penganjur, Jeffry Dumpin, mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pasukan dan berharap para pemain bermain dengan semangat kesukanan serta disiplin.



Menurutnya, penyertaan itu bukan sahaja memberi pengalaman berharga dalam pertandingan, malah dapat menambah rakan baharu.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Jeremy @ Ukoh Malajad, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, berkata kejohanan tersebut memberi peluang kepada murid-murid menggilap kemahiran dalam arena bola sepak.


Beliau menegaskan bahawa pihak kepimpinan kawasan, terutamanya ADUN Kadamaian, sentiasa memberi sokongan kepada pembangunan akademik dan acara sukan, serta mengucapkan selamat bertanding kepada semua sekolah yang menyertai.


Lapan sekolah yang bertanding ialah SRA Rangalau, SRA Gaur, SK Tengkurus, SK Nahaba Kota Belud, SRA Tamparuli, SRA Damai, SRA Bambangan dan SRA Sungoi Kota Marudu.


Kejohanan ini membawa moto “Bersatu Bermain Berkawan Berprestasi” serta menekankan nilai teras semangat, disiplin, persahabatan dan sukan untuk semua.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page