top of page

Ewon Teruskan Sumbangan Ikhlas Kelahiran Di Kadamaian

  • nabalunews
  • May 10
  • 1 min read


ree

10 Mei 2025


KOTA BELUD: Usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat setempat diteruskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menerusi inisiatif Sumbangan Ikhlas Kelahiran kepada tiga keluarga di kawasan Kadamaian.


Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, yang mewakili ADUN Kadamaian kepada adik Alvyana Alexcius daripada Kampung Pinolobuh, adik El Rea Daiz Alperid dari Kampung Bundu Paka serta adik Jayllen Nathan Jumat dari Kampung Lahanas Siba. Ketiga-tiga bayi berkenaan diwakili oleh ibu bapa masing-masing semasa majlis penyerahan.


Menurut Clarence, Ewon turut menitipkan ucapan tahniah kepada semua keluarga yang menerima cahaya mata. Beliau berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban keluarga yang menerima anggota baharu dalam institusi kekeluargaan mereka.


“Ewon amat menitikberatkan kesejahteraan rakyat khususnya di peringkat akar umbi. Program seumpama ini adalah cerminan komitmen beliau terhadap kebajikan masyarakat di Kadamaian” ujar beliau.


Clarence turut menekankan bahawa inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kewangan, tetapi juga membawa nilai moral dan sokongan emosi kepada para ibu bapa yang sedang melalui fasa awal keibubapaan.


Program Sumbangan Ikhlas Kelahiran merupakan antara pendekatan yang diketengahkan oleh Ewon sebagai usaha memperkukuh hubungan pemimpin dengan rakyat. Ia juga menunjukkan semangat kepedulian yang tinggi terhadap kesejahteraan komuniti setempat, selaras dengan prinsip tanggungjawab sosial seorang pemimpin.


Para penerima menyambut baik usaha murni ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ADUN Kadamaian atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Mereka turut menyuarakan harapan agar program seumpama ini diteruskan secara berterusan demi manfaat lebih ramai penduduk di masa akan datang.


Langkah ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan yang bersifat menyantuni rakyat akan terus relevan dan dihargai oleh masyarakat, khususnya dalam mendepani cabaran kehidupan seharian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page