- Wartawan Nabalu News
Ewon tewaskan Darell di Penampang
19 November 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick membuat kejutan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) apabila menewaskan peyandang kerusi Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking.
Kemenangan Ewon diumumkan Pegawai Pilihanraya Penampang Francis Chong pada jam 10.21 malam tadi, di Pusat Pengiraan Undi Parlimen Penampang, Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, sebentar tadi.
Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menang dengan majoriti 14,410 undi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Timbalan Presiden Warisan Darell, Kenny Chua calon dari Gabungan Rakyat Sabah/ Barisan Nasional (GRS/ BN) dan Richard Jimmy (Bebas).
Ewon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperolehi sebanyak 29,066 undi, Darell (14,656 undi), Kenny (6,719 undi) dan Richard (289 undi).
Parlimen Penampang mempunyai sebanyak 77,214 pengundi berdaftar pada PRU15 yang majoritinya kaum Kadazandusun. Jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 66.46 peratus.
ความคิดเห็น