top of page

Ewon tinjau PPS Kg Ramayah, Dewan Sacred Heart Inobong dan kawasan terjejas banjir di Kadamaian

  • nabalunews
  • Sep 16
  • 2 min read
Ewon meninjau PPS di Dewan Sacred Heart Inobong.
Ewon meninjau PPS di Dewan Sacred Heart Inobong.

16 September 2025


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick meninjau keadaan banjir di Penampang dan Kadamaian termasuk beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kawasan yang terjejas.


Pagi ini, beliau meninjau PPS di Dewan Sacred Heart Inobong yang menempatkan seramai 208 mangsa daripada Kampung Inobong, Kampung Kimoligan dan Kampung Putaton.


Paras air Sungai Moyog masih melimpah sehingga memasuki kawasan rumah penduduk di banyak kampung sekitar Inobong.


Semalam, Ewon turut meninjau PPS Kampung Ramayah yang menempatkan 87 mangsa daripada Kampung Nambazan dan Kampung Limbanak.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang telah menyalurkan bantuan awal berupa makanan, minuman dan tilam kepada mangsa banjir di PPS.

Ewon meninjau PPS Kampung Ramayah
Ewon meninjau PPS Kampung Ramayah

Bagaimanapun katanya, jalan utama dari Pekan Donggongon ke PPS Kg Ramayah masih belum dapat dilalui untuk penghantaran makanan siap dimasak, menyebabkan mangsa mengambil inisiatif memasak bahan mentah yang dibekalkan.


“Laluan alternatif melalui Jalan Divato Tomui dan Jalan Guunsing turut dinaiki air namun masih boleh dilalui kenderaan,” katanya selepas tinjauan itu, hari ini.


Sementara itu, di Kadamaian, selepas menyempurnakan Konvensyen Rakyat Kadamaian semalam, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu meninjau situasi banjir di Kampung Pangi, Kampung Pituru dan Kampung Pompod apabila laluan utama tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

Ewon meninjau situasi banjir di Kampung Pangi, Kampung Pituru dan Kampung Pompod Kota Belud.
Ewon meninjau situasi banjir di Kampung Pangi, Kampung Pituru dan Kampung Pompod Kota Belud.

“Jika paras air meningkat, kenderaan besar sekalipun tidak akan dapat melalui laluan utama ini, sekali gus menyebabkan penduduk terkandas di rumah masing-masing,” katanya.


Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Belud telah menghantar bantuan makanan dan minuman ke Kampung Pituru dan Kampung Pangi, manakala bantuan ke Kampung Pompod akan turut disalurkan.


“Selain itu, beberapa individu melalui kerjasama kelab pacuan empat roda telah menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk terjejas,” katanya.

ree

Ewon berkata beliau sentiasa berhubung dengan Pengerusi JKKK di kampung-kampung berkenaan untuk mendapatkan perkembangan semasa selain memastikan bantuan segera sampai kepada mangsa banjir.


“Pusat Khidmat ADUN Kadamaian juga akan menyediakan bakul makanan tambahan sebagai pelengkap kepada bantuan rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page