Ewon tinjau program gotong-royong empat kampung Mukim Taginambur
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon tinjau program gotong-royong empat kampung Mukim Taginambur


Ewon meninjau gotong-royong di Kg.Tamalang

16 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meninjau program gotong-royong anjuran penduduk di empat buah kampung Mukim Taginambur,hari ini.


Empat kampung itu ialah Kg.Bahab, Kg.Pomotodon, Kampung Tamalang dan Kg.Singah Mata.


Bagi menjayakan program itu Ewon menyediakan peruntukan sejumlah RM18,000 bagi membiayai pembelian kos bahan binaan dan perbelanjaan makan semasa gotong-royong itu.


Ewon meluangkan masa mendengar keperluan para belia Kg.Bahab.

“Saya berharap penduduk kampung meneruskan program gotong-royong seumpama ini kerana ia membuka ruang untuk mewujudkan persefahaman antara penduduk kampung.


“Selain itu, budaya gotong-royong ini juga adalah budaya masyarakat kita yang diamalkan sejak dahulu lagi bagi mengeratkan silaturahim dan persahabatan seterusnya menyuburkan semangat perpaduan,” katanya selepas program gotong-royong, hari ini.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Kg.Bahab

Bagi menjayakan program gotong-royong di Dewan Kampung Bahab, Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,500 untuk tujuan pendawaian dan pemasangan lampu dewan serta membiayai pertandingan Badminton untuk belia kampung itu.


Sebelum ini beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi menjayakan program gotong-royong itu.


Ewon bersama penduduk Kg.Pomotodon yang menyertai gotong-royong.

Bagi Kg.Pomotodon pula, Ewon menyampaikan sejumlah RM4,500 termasuk sumbangan yang diberikan pada hari ini bagi pembinaan tapak tangki baru, pembekalan bahan binaan seperti paip dan perbelanjaan makan.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Kg.Pomotodon.

Ewon turut meninjau program gotong-royong memasang kalbut di Kg.Tamalang dan menyampaikan sumbangan sejumlah RM4,000 bagi pembelian bahan-bahan binaan.


Bagi gotong-royong membina tangga pejalan kaki di Kg.Singah Mata, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 untuk pembelian bahan binaan.


Ewon meninjau kerja-kerja pembinaan kalbut oleh penduduk Kg.Tamalang.

“Pada hari ini, saya juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi membiayai pembinaan satu lagi tangga pejalan kaki di kampung ini yang juga akan dilaksanakan secara bergotong-royong selepas ini,” katanya.


Ewon seterusnya meninjau gotong-royong membina laluan pejalan kaki di Kg.Singah Mata.


bottom of page