Ewon turun padang sampaikan sumbangan, tinjau keperluan penduduk kampung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon turun padang sampaikan sumbangan, tinjau keperluan penduduk kampung

28 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick turun padang melawat tiga kampung - Kg.Bundu Paka, Kg.Lingkubang dan Kg.Kebayau untuk menyampaikan sumbangan kebajikan dan lmeninjau keperluan masyarakat kampung berkenaan.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan sumbangan katil boleh laras, kerusi roda dan bantuan bakul makanan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Kelab Kebajikan Kadamaian.


“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan pesakit dan keluarga pesakit berkenaan,” katanya.


Ewon turut meninjau keperluan tiga buah gereja di kampung Bundu Paka, Libgkubang dan Kebayau seterusnya menyampaikan sumbangan untuk tabung pembangunan Gereja Bundu Paka dan Kg.Lingkubang.


Terdahulu itu Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud mengadakan perjumpaan khas dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.


Antara yang dibincangkan ialah perlantikan Ketua-Ketua Kampung Kadamaian, isu politik semasa dan program pembangunan keusahawanan dan koperasi serta penganjuran Konvensyen dan Rumah Terbuka Krismas ADUN Kadamaian.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page