top of page

Ewon turun padang tinjau keperluan Kg. Taginambur Jaya, Singgah Mata, Ratau

  • Wartawan Nabalu News
  • May 21, 2022
  • 1 min read

ree
Ewon meninjau kerosakan jalan kg.Taginambur Jaya bersama penduduk kampung.

21 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Ewon Benedick turun padang meninjau keperluan penduduk Kampung Taginambur Jaya, Kg.Singgah Mata dan Kg.Ratau, hari ini.


Di Kg.Taginambur Jaya, Ewon meninjau program gotong-royong dan menyampaikan serta-merta sumbangan untuk membaiki kerosakan jalan kampung itu yang mendap ekoran hujan lebat baru-baru ini.

ree

Selepas itu beliau menyantuni penduduk Kg.Singgah Mata yang bergotong-royong membina tangga pejalan kaki.


Beliau membiayai sepenuhnya kos bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk membina konkrit pejalan kaki.

ree

Ewon kemudiannya meninjau acara memancing di Daradaat View Tunga-Unga Kg.Ratau anjuran pusat pelancongan itu.


Sambil menyokong acara seumpama itu, beliau berharap acara memancing akan menjadi antara tarikan baru pelancongan di Kadamaian.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page