Ewon turun padang tinjau keperluan pelancongan Kampung PodosEwon turun padang tinjau keperluan pelancongan Kampung Podos
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon turun padang tinjau keperluan pelancongan Kampung Podos


Ewon mendengar penerangan daripada wakil penduduk kampung mengenai Watu Misimbul.

17 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick turun padang untuk melihat sendiri beberapa keperluan penduduk Kampung Podos, di sini, hari ini.


Beliau kemudiannya menyalurkan sumbangan untuk membina pondok rehat pelancongan Watu Misimbul dan menabur batu kelikir jalan pelancongan dan pertanian Kampung Podos.

Watu Misimbul menjadi tarikan pelancong di kampung itu.

Selepas meninjau kawasan pelancongan Watu Misimbul, Ewon turut meninjau kawasan Gereja SDA Kampung Podos dan mendengar keperluan umat bagi gereja itu.


Dalam lawatan di Gereja SDA Kg.Podos beliau menyampaikan sumbangan membeli mesin rumput bagi kegunaan gereja itu.

Ewon (dua kanan) meninjau kawasan Gereja SDA Kg. Podos

Ewon berkata, sebanyak RM2,500 disumbangkan untuk menabur batu kelikir jalan pelancongan dan RM500 untuk membina pondok rehat sebagai tambahan kepada Tabung Pelancongan kampung itu dan RM500 lagi bagi kegunaan membeli mesin rumput.


Sebelum itu Ewon meluangkan masa beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung di Tamu Taginambur.

Ewon menyampaikan sumbangan untuk keperluan membeli mesin rumput Gereja SDA Kg. Podos

“Saya gembira melihat para peniaga di sini lebih selesa berniaga setelah kawasan ini dinaiktaraf.


“Pada masa yang sama saya juga berkesempatan mendengar beberapa aduan peniaga di sini dan akan berusaha membantu menyelesaikan aduan mereka,” katanya.


bottom of page