Ewon ucap tahniah pemilihan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung DAP
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon ucap tahniah pemilihan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung DAP



5 Jun 2022

Olwh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyampaikan ucapan tahniah kepada Anthony Loke yang telah dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) baru-baru ini.

Ewon turut mengalu-alukan kerjasama dengan barisan baharu kepimpinan DAP yang diterajui oleh Anthony.


“YB Anthony dan beberapa kepimpinan tertinggi nasional DAP sedang berada di Sabah untuk lawatan kerja. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengadakan pertemuan bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau dan rakan-rakan dalam DAP,” katanya.


Dalam pertemuan kepimpinan tertinggi parti UPKO dan DAP di Kota Kinabalu pagi hari ini, beberapa perkara turut dibincang termasuklah berkaitan persediaan pilihanraya.


Menurut Ewon, pemerkasaan blok Pakatan Harapan (PH) dengan memberi autonomi sepenuhnya kepada kepimpinan negeri untuk membuat keputusan berkaitan isu-isu hak Sabah turut dibincangkan.


“Anthony dan saya bersetuju mengenai perkara ini, bahawa autonomi harus diberikan kepada kepimpinan PH Sabah seperti tindakan yang telah diambil oleh Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Sabah memfailkan saman pemula ke atas Kerajaan Persekutuan berkenaan pungutan hasil 40% Sabah di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. Saya gembira kerana beliau memahami keperluan autonomi membuat keputusan oleh pimpinan negeri,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Parlimen DAP Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, ADUN Luyang Phoong Jin Zhe, Setiausaha Agung UPKO Nelson Angang dan Naib Presiden UPKO Datuk Wong Thien Fook.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page