Fahmi: MCMC boleh bertindak atas aduan awam, bukan hanya isu 3R Fahmi: MCMC boleh bertindak atas aduan awam, bukan hanya isu 3R
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Fahmi: MCMC boleh bertindak atas aduan awam, bukan hanya isu 3R



10 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) boleh melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang kandungan dalam media sosial yang menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia jika terdapat aduan dari pihak awam.


Beliau berkata, MCMC tidak semestinya bertindak atas arahan Kerajaan, atau hanya menyentuh soal 3R - iaitu menyentuh Institusi Diraja, Agama, dan Perkauman - semata-mata, tetapi juga sebarang kandungan yang disifatkan jelik, yang menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"Memang kalau kita lihat sebenarnya MCMC menerima aduan pelbagai pihak tentang sebarang perkara dalam media sosial. Tidak hanya menyentuh tentang 3R, tetapi sebarang kandungan yang ditafsir jelik, dan berlandaskan Akta 588, Seksyen 233 sebagai contoh," katanya dalam sidang media secara dalam talian di Dewan Rakyat semalam lapor Awani.


Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas) yang mendakwa, seperti ada campur tangan kementerian dalam beberapa perkongsian orang awam yang mengaitkan PKR dengan Liberal International, serta pandangan lapan tokoh wartawan terhadap SKMM.


Dalam pada itu, beliau juga menyentuh mengenai pas media akhbar milik Pas, iaitu Harakah, yang telah ditarik atas dakwaan menyiarkan kandungan bersifat provokatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Fahmi berkata, Harakah akan menghantar rayuan, dan Kerajaan sedia memaafkan akhbar tersebut, tetapi menyeru semua pihak media untuk menjaga etika kewartawanan, agar terus menjadi sumber berita yang boleh dipercayai masyarakat.


"Seperti yang Perdana Menteri sebutkan, beliau sedia memaafkan (Harakah). Isunya ialah, dan ini tidak terpakai kepada Harakah, tapi semua. Etika kewartawanan ini kita nak tegaskan kerjasama dengan semua rakan media, termasuk berita tadi," katanya.


"Kalau zaman (Kerajaan) sebelum ini, ini lapan orang veteran ini kalau zaman sebelum ini, selepas mereka keluarkan kenyataan itu pelbagai tindakan diambil. Tapi sehingga ke hari ini mereka masih bebas nyatakan pandangan. Kami sedia terima pandangan dan kritikan," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page