FAIRUZ TERIMA KUNJUNGAN PENGGIAT SENI LAGU-LAGU IRANUNFAIRUZ TERIMA KUNJUNGAN PENGGIAT SENI LAGU-LAGU IRANUN
top of page
  • nabalunews

FAIRUZ TERIMA KUNJUNGAN PENGGIAT SENI LAGU-LAGU IRANUN


Fairuz (dua dari kiri) menerima kunjungan hormat daripada Penggiat Seni Lagu-Lagu Iranun.

16 Feb 2021


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan hari ini menerima kunjungan hormat daripada Penggiat Seni Lagu-Lagu Iranun Sabah di pejabatnya di Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).


Rombongan itu diketuai oleh Zaharul Mayur, memberi taklimat kepada Fairuz yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri mengenai aktiviti kesenian yang telah dijalankan.


Zaharul yang berjaya menghasilkan sebanyak 12 lagu Iranun berharap, Fairuz akan memberikan sokongan dan dokongan kepada para penggiat seni lagu-lagu Iranun Sabah.


Katanya, lagu-lagu Iranun yang dihasilkan oleh beliau dan rakan-rakan lain mendapat tempat dan disiarkan di Sabah Vfm.


Sementara itu, Fairuz berkata, beliau akan memberikan sokongan padu terhadap lagu-lagu Iranun yang dihasilkan oleh para penggiat seni Iranun.


Turut hadir pada kunjungan itu ialah Puan Dayang Ego (dua dari kanan), Mohd Fitri (kanan), Juhaimi (kiri) dan Kamaria.



bottom of page