top of page

Fasa peralihan monsun bermula Ahad ini

  • nabalunews
  • Mar 25
  • 1 min read

25 Mac 2026


KOTA KINABALU: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 13 November lalu.


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang tempoh peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir.


“Keadaan ini lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam.


“Ia djangka berlaku di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan pusat Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Hisham berkata, fenomena cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.


Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sepanjang tempoh terbabit dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi jabatan itu.


Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page