top of page

Felcra Main Peranan Majukan Sektor Luar Bandar

  • nabalunews
  • Nov 2, 2025
  • 1 min read

1 November 2025


KINABATANGAN: FELCRA Berhad terus memaknkan peranannya sebagai agensi kerajaan untuk memajukan sektor luar bandar di Sabah.


Ia termasuk penyertaan hampir 1,600 peserta ya g kini terlibat dalam program pembangunan dan pemulihan tanah di negeri ini.


Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Sabah mempunyai potensi besar untuk terus dibangunkan.


Katanya, ini kerana Sabah sangat berpotensi untuk terus diterokai dan dimajukan oleh FELCRA sebagai penyumbang utama sektor pertanian.


“Kita mahu FELCRA berkembang maju di sini dan menjadi antara penyumbang terbesar dari segi penyertaan peserta di seluruh negara.


“Prestasi FELCRA di Sabah menunjukkan peningkatan ketara hasil daripada produktiviti ladang yang lebih baik, pengurusan kos yang cekap dan harga sawit yang stabil,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan agihan Interim 2 FELCRA 2025 di Kinabatangan pada Sabtu, yang menyaksikan lebih RM2.6 juta diagihkan kepada hampir peserta terlibat di Sabah.


Ahmad Jazlan berkata, beliau amat yakin agihan keuntungan FELCRA untuk interim ketiga tahun ini akan melebihi jangkaan berdasarkan pencapaian positif setakat Oktober dan November.


“Saya percaya agihan keuntungan FELCRA kali ini akan meningkat, bukan sahaja berbanding interim dua tetapi juga tahun-tahun sebelumnya.


“FELCRA juga menggalakkan lebih ramai pemilik tanah kecil di negeri ini menyertai program pemulihan tanah bagi memanfaatkan kawasan terbiar dan menjana pendapatan masyarakat luar bandar,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page