FLYsiswa bantu pelajar beli tiket kapal terbang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

FLYsiswa bantu pelajar beli tiket kapal terbang


8 Disember 2023


KUALA LUMPUR: Pemberian FLYsiswa atau bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Labuan atau bertujuan membantu pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana tujuan utama pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi adalah untuk menimba ilmu dan bukan memikirkan isu-isu lain.


“Zaman kami dulu nak balik kena tidur lapangan terbang sebab tidak mampu bayar tiket penuh, (jadi perlu) beli student pass , (tapi) kena standby (kalau) ada kerusi kosong baru boleh balik. Kadangkala tidur dua malam di lapangan terbang.

“Jadi kita tidak mahu keadaan itu dilalui oleh anak-anak kita,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika beruap merasmikan Majlis Pelancaran FLYsiswa di Auditorium Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya, di sini.


Inisiatif FLYsiswa dipersetujui Jemaah Menteri pada 12 Julai dan mula dilaksanakan pada 15 Ogos melalui kaedah pemberian baucar digital bernilal RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Selain pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPT), pelaksanaan inisiatif ini turut diperluaskan kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta pelajar Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru.


Pelaksanaan FLYsiswa mendapat kerjasama syarikat-syarikat penerbangan utama negara seperti Malaysia Airlines Berhad, Air Asia dan Batik Air. Satu portal khas diwujudkan untuk memudahcara penempahan tiket menggunakan baucar FLYsiswa secara atas talian yang boleh diakses di laman sesawang https://subsidiudara.mot.gov.my.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page