FOKUS SELESAIKAN MASALAH RAKYAT: FAIRUZFOKUS SELESAIKAN MASALAH RAKYAT: FAIRUZ
top of page
  • nabalunews

FOKUS SELESAIKAN MASALAH RAKYAT: FAIRUZ


13 JAN 2021


KUDAT: Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah, Fairuz Renddan mengajak semua pihak bertanggungjawab untuk fokus dalam menyelesaikan semua masalah rakyat terutamanya semasa pandemik Covid-19 dan musibah bencana alam.


Katanya, sebaiknya, masa ini semua memberi tumpuan membantu rakyat termasuk membangunkan semula ekonomi negeri Sabah.


U"sah cipta masalah baharu yang boleh menggugat keamanan kita di Sabah kerana kita adalah rakyat yang bersatu dalam sebuah negeri yang harmoni, berbilang bangsa dan agama, menghormati dan prihatin antara satu sama lain," katanya.


Beliau berkata demikian dalam kunjungan dan misi agihan bantuan ARMADA Negeri Sabah di Kudat, Kota Marudu dan Pitas, kelmarin.

Menurut Fairuz, bencana alam yang menimpa rakyat sudah cukup membebankan dan menyusahkan rakyat terutamanya di musim penularan Covid-19.


"Saya yakin Kerajaan Negeri yang berusaha keras menyelesaikan semua masalah ini dan sewajarnya kita terus positif dan tidak menjadi pencetus kepada masalah baharu atau menyulitkan urusan rakyat," katanya.


Fairuz bersama ARMADA BERSATU Sabah melawat ketiga-tiga daerah terjejas dan memberikan bantuan berupa barang keperluan asas untuk kebersihan diri seperti pelitup mulut dan hidung, cecair pembasmi tangan, susu formula untuk bayi, lampin pakai buang, biskut, bekalan air minuman serta bantuan wang tunai kepada mangsa.

Fairuz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan memberitahu bahawa pihak bertanggungjawab yang mengurus masalah bencana juga perlu menyediakan lebih banyak bantuan kecemasan dan aset lain-lain bagi tujuan membantu mangsa bencana alam.


"Pihak berwajib yang mengendalikan masalah bencana alam pastinya perlu fokus untuk menyediakan lebih banyak aset dan lain-lain bantuan kecemasan khususnya ketika banjir, lebih-lebih lagi di musim sekarang, cuaca tidak menentu dan hujan lebat berterusan di kawasan-kawasan tertentu yang mengundang kepada masalah banjir serta tanah runtuh," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page