top of page

Forum Pengairan Dunia Ke-4 himpunkan lebih 1,000 perserta dari pelbagai negara

  • nabalunews
  • 18 hours ago
  • 2 min read

ree

2 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Forum Pengairan Dunia Ke-4 (WIF4) menghimpunkan lebih 1,000 peserta melibatkan penyertaan lebih 30 buah negara.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, forum itu menjadi platform utama sebagai medan perbincangan strategik berkaitan masa depan sektor pengairan global yang kini berdepan tekanan pelbagai dimensi, termasuk kekangan sumber air.


"Malaysia menjadi tuan rumah kepada penganjuran persidangan itu akan berlangsung pada 7 hingga 13 September 2025 di World Trade Centre Kuala Lumpur.


“Lebih 100 kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil kerajaan, institusi penyelidikan, organisasi antarabangsa, sektor swasta dan komuniti tani dari dalam serta luar negara,” katanya semasa Majlis Pra-Peluncuran WIF4 dan Mesyuarat International Executive Council (IEC), sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di sini pada Sabtu.


Beliau berkata, antara acara utama ialah Mesyuarat High-Level Advisory Group yang bakal disertai pemimpin utama, pakar teknikal dan pembuat dasar dari 24 negara bagi membincangkan isu ketahanan air dan pemodenan pengairan secara mampan.


“Hasil mesyuarat dijangka merumuskan saranan dasar serta hala tuju global untuk memperkukuh sektor pengairan demi kelestarian makanan dunia,” ujarnya.


Ujar beliau, WIF4 turut menjadi platform penting dalam menjalin kerjasama antara pengalaman praktikal dan penyelidikan saintifik serta memperkukuh jaringan antarabangsa.


“Saya menggesa pembuat dasar, penyelidik, jurutera dan usahawan tani memanfaatkan forum ini bagi mempercepat pelaksanaan projek berimpak tinggi serta menerapkan teknologi dan amalan inovatif,” jelasnya.


Mohamad berkata, tema forum Is Irrigation a Sunset Industry? sangat signifikan kerana mencabar semua pihak menilai semula hala tuju sektor pengairan dalam era digital dan krisis iklim.


Tambahnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penggunaan teknologi moden seperti pertanian tepat, sistem pengairan pintar berasaskan Internet of Things (IoT), serta pendekatan lestari dalam pengurusan sumber air.


“Tema ini mendorong perbincangan kritikal dan menggalakkan inovasi baharu agar sektor pengairan kekal relevan, produktif dan mampan,” katanya.


Penganjuran forum itu juga disokong oleh The Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Dan Malaysia Airlines sebagai Rakan Rasmi Syarikat Penerbangan (Supporting Airlines Partner).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page