top of page
  • Wartawan Nabalu News

FSSA UMS teroka peluang kerjasama bidang pendidikan, penyelidikan di Jepun


Dr. Jualang (kanan) menerima cenderamata daripada Konsulat Jepun, Shiho Kako.

9 Februari 2023


KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneroka peluang perancangan strategik baharu antara UMS dan Jepun khususnya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.


Dekan FSSA, Prof. Dr Jualang Azlan Gansau berkata, rangkaian kerjasama tersebut merangkumi pihak industri dan komuniti.


“Perkara ini merupkan antara inti perbincangan ketika kunjungan hormat Konsulat Jepun iaitu Shiho Kako (Counsellor) dan Eguichi Takayoshi (Second Secretary/Consul) di FSSA pada awal bulan ini.


“Pihak FSSA turut memberi perkongsian beberapa kerjasama dan aktviti yang sedang dijalankan bersama universiti-universiti di Jepun iaitu Kagoshima University dan Rakuno Gakuen University untuk program Exchange Student and Visit of Research Counterpart To UMS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.


Menurut Dr. Jualang, turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah peranan UMS dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).


“Kita juga telah memaklumkan kerjasama UMS – Jepun dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan gempa bumi dan bencana tsunami.


“Dalam pertemuan ini, pihak Konsulat Jepun menyambut baik hasrat fakulti dan amat mengalu-alukan pemerkasaan hubungan kerjasama UMS dengan universiti-universiti di negara matahari terbit itu termasuk kerjasama dengan sekolah-sekolah menengah,” katanya.


Hadir sama Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FSSA, Prof. Madya Dr. Darmesah Gabda; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Rodeano Roslee; Timbalan Dekan (Hal – Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Chee Fuei Pien; Pengarah Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil FSSA, Dr. Farrah Anis Fazliatul Adnan; Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam, Prof. Madya Dr. Carolyn Melissa Payus; Prof. Dr. Ho Chong Mun; dan Ketua Pentadbiran FSSA, Aidah Noordin.

bottom of page