top of page

FST UMS Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan Malawira Sdn. Bhd.

  • nabalunews
  • 9 minutes ago
  • 2 min read

ree

6 November 2025


KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara universiti dan industri melalui majlis menandatangani Surat Niat (Letter of Intent, LoI) bersama Malawira Sdn. Bhd. di sini, abru-baru ini.


Menurut kenyataan FST UMS, kerjasama tersebut bertujuan meneroka pelbagai inisiatif penyelidikan, pembangunan serta sokongan dalam sektor-sektor yang relevan.


“Antara fokus utama ialah menjalankan penyelidikan bersama bagi meneroka potensi penggunaan tandan kosong kelapa sawit (Oil Palm Empty Fruit Bunch, OPEFB) untuk menghasilkan selulosa bagi tujuan komersial dan aplikasi khusus.


“Melalui LoI ini, FST berhasrat untuk memperkukuh kerjasama dengan pihak industri dalam bidang penyelidikan dan inovasi berasaskan sumber lestari,” jelas fakulti itu dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut FST, usaha ini bukan sahaja membuka peluang penerokaan ilmu baharu, malah menyumbang kepada pembangunan teknologi hijau dan ekonomi tempatan.


“Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak bersepakat untuk menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar serta membuka potensi pekerjaan kepada graduan UMS.


“Langkah ini sejajar dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperkukuh hubungan akademia-industri,” tambah kenyataan itu lagi.


Untuk rekod, kerjasama LoI itu diketuai oleh Prof. Madya ChM. Dr. Moh Pak Yan.


Upacara menandatangani LoI menyaksikan bagi Dekan FST, Prof. Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee mewakili UMS, manakala Malawira Sdn. Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Raymond Chan Yin Hong.


Turut hadir Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FST, Prof. Madya Ts. Dr. Chee Fuei Pien; Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FST, Ts. Dr. Mohamad Zul Hilmey Makmud, dan Penyelaras RA/LoI/MoA/MoU FST Dr. Tamar Kansil, serta pegawai-pegawai daripada Malawira Sdn. Bhd.


FST UMS menegaskan bahawa pemeteraian LoI ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan industri, selaras dengan agenda pembangunan lestari serta inovasi negara.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page