Gadis terperangkap di tingkat 6 koridor bangunan diselamatkan bomba
10 Disember 2024
KOTA KINABALU : Seorang gadis yang terperangkap di luar koridor tingkat 6,
bangunan One Sulaman Platinium Tower, di sini, diselamatkan bomba, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.15 malam.
Katanya sepasukan 10 pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 17 kilometer dari balai.
"Terdapat seorang mangsa perempuan tersekat di antara koridor di luar beranda rumah. Pasukan bomba dengan peralatan perlindungan (PPE) menggunakan tali dan juga abah-abah.pada penyelamat dan juga pada mangsa untuk di bawa turun pada tingkat yang sama.
"Selepas mangsa berjaya diselamatkan dan dipastikan tiada kecederaan,,mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi bomba ditamatkan jam 11 malam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Comments