top of page

Gagal Letak Tanda Harga, Beberapa Premis Bandar Tawau Kena Kompaun Serta-Merta

  • nabalunews
  • Apr 14
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


14 April 2026


TAWAU: Beberapa premis di kawasan bandar Tawau dikenakan tindakan kompaun serta-merta kerana gagal meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual, dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan semalam.


Operasi yang melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu menyasarkan pematuhan terhadap peraturan perniagaan, khususnya penandaan harga dan penggunaan alat timbang yang disahkan.


Menurut KPDN Tawau, kesalahan gagal mempamerkan tanda harga tunai adalah di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020, iaitu peraturan yang dibuat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].


Bagi kesalahan ini, individu yang disabitkan boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala syarikat atau pertubuhan boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.


Secara keseluruhannya, kebanyakan peniaga di kawasan yang diperiksa mematuhi undang-undang, termasuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang masih dalam tempoh penentusahan. Tindakan penguatkuasaan hanya dikenakan terhadap premis yang didapati melanggar peraturan.

KPDN Tawau dan agensi rakan strategik akan terus mempertingkatkan pemantauan secara berkala, terutamanya menjelang musim perayaan, bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan secara beretika dan mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan pengguna.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page