top of page

Gajah Pygmy Ditemui Mati Di Lembah Danum

  • nabalunews
  • Sep 27
  • 1 min read

ree

27 September 2025


LAHAD DATU: Bangkai seekor gajah pygmy Borneo betina ditemui di kawasan Blok 57, FELCRA Berhad Estate Danum, pagi semalam.


Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Mohd Soffian Abu Bakar berkata, gajah berkenaan mati di dalam kawasan Hutan Simpan Lembah Danum.


Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati bangkai haiwan berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan luaran mahupun kesan tembakan.


“Gajah berkenaan dipercayai sudah mati antara satu hingga dua hari lalu dan berdasarkan maklumat daripada pihak pengurusan FELCRA Estate Danum, bangkai berkenaan dijumpai oleh seorang mandur ladang ketika membuat rondaan kira-kira jam 10.20 pagi.


“Namun, setakat ini( punca kematian haiwan itu masih belum dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, operasi lanjut bersama pasukan bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengambil sampel serta melakukan analisis makmal.


“Gajah pygmy Borneo (Elephas maximus borneensis) betina itu dianggarkan mempunyai berat antara 600 hingga 1,200 kilogram dengan ketinggian sekitar 5.2 hingga 5.9 kaki.


“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Refer to Other Agency (ROA) dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” jelasnya.


Gajah pygmy Borneo merupakan subspesies gajah Asia yang hanya terdapat di Borneo dan disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page