top of page

Gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini

  • nabalunews
  • Aug 1, 2025
  • 1 min read

1 Ogos 2025


PUTRAJAYA: Perintah Gaji Minimum 2024 yang menetapkan kadar gaji pada RM1,700 sebulan berkuat kuasa secara rasmi bermula hari ini.


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata, penetapan itu khusus bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja dan tidak menjalankan aktiviti profesional yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020.


“Sehubungan itu, KESUMA menyeru supaya majikan mematuhi undang-undang berkaitan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak).

"Majikan yang gagal mematuhi pembayaran gaji minimum boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika disabitkan kesalahan," kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Jumaat.


Selain itu, KESUMA memaklumkan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025 turut berkuat kuasa hari ini seperti ditetapkan oleh Menterinya, Steven Sim.


Menurutnya, melalui pindaan ini, pembayaran gaji minimum semasa diperluas kepada pekerja kontrak perantisan, selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan semua golongan pekerja.


"Kontrak perantisan merujuk kepada pekerja seseorang majikan yang memperakui akan mengambil orang itu bekerja dan melatih mereka secara sistematik untuk suatu tred.


"Tempoh latihan adalah antara enam bulan hingga 24 bulan dan dalam tempoh tersebut, perantis itu terikat untuk bekerja bersama majikan tersebut," menurut kenyataan itu.


KESUMA turut merakamkan penghargaan kepada majikan yang telah lebih awal melaksanakan pembayaran gaji minimum kepada pekerja kontrak perantisan.


"Bagi majikan yang membayar lebih tinggi daripada kadar gaji minimum, KESUMA ingin mengingatkan bahawa gaji yang telah ditetapkan tidak boleh dikurangkan," jelas kementerian itu.

 
 
 

4 Comments


Hannah Vang
Hannah Vang
5 days ago

Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 ini langkah yang baik untuk pekerja terutamanya di Sabah dan Sarawak. Bagi yang perlu berkongsi dokumen berkaitan polisi pekerjaan, boleh gunakan pdf to link untuk menukar PDF kepada pautan yang boleh dikongsi dengan cepat.

Like

Hannah Vang
Hannah Vang
Jul 14

Langkah penetapan gaji minimum RM1,700 ini memang dialu-alukan, terutamanya bagi pekerja di Sabah dan Sarawak yang sentiasa berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Adalah penting juga pihak majikan yang membayar lebih tinggi daripada kadar tersebut supaya tidak mengurangkan gaji sedia ada. Untuk santai selepas bekerja, ada yang gemar bermain permainan video dan boleh mencuba Mouse DPI Analyzer untuk menentukur kepekaan tetikus permainan dengan tepat.

Like

user
May 24

Childcare centers around Denver post daycare jobs for early childhood educators and support staff.

Like

Lorde Laura
Lorde Laura
May 07

Interesting to see the RM1,700 minimum wage taking effect today, it should make a real difference for many workers dealing with rising living costs. When I’m taking a break in my free time, I usually unwind with Geometry Dash Lite which is simple but still fun and surprisingly relaxing once you get into the rhythm.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page