Gambar murid tanpa jaket keselamatan naiki bot lebih muatan tular di media sosial
- Wartawan Nabalu News
- Jan 14, 2022
- 1 min read

14 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Seorang netizen merayu kepada pihak berwajib untuk membantu menyediakan bot besar dan jaket keselamatan untuk kegunaan murid-murid SK Mangkapon Bengkoka, Pitas.
Ini berikutan beberapa gambar yang tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan murid-murid berpakaian sekolah menaiki bot yang penuh dan tidak memakai jaket keselamatan.
Difahamkan murid-murid yang menaiki bot lebih muatan menuju ke sekolah itu berasal dari Kampung Pituru dan Kampung Timbang Taun

Gambar-gambar tersebut telah dimuatnaik menerusi akaun seorang pengguna Facebook, di mana beliau merayu agar pihak berkuasa dan mana-mana badan bukan keajaan (NGO) untuk membantu menyediakan bot serta jaket keselamatan kepada murid-murid tersebut.
“Tolonglah mana-mana pihak kerajaan dan NGO untuk bantu beri bot lebih besar dan jaket keselamatan untuk murid-murid ini.
“Kepada pihak yang berwajib, kami tiada pilihan lain terpaksa kasi viral kes ini kerana sudah setahun lebih tiada tindakan. Jangan sampai nasi sudah jadi bubur,” katanya menerusi ciapannya semalam.
Sementara itu, jurucakap itu turut mendakwa bahawa beliau telah memohon kepada pihak sekolah dan wakil rakyat kawasan berkenaan tetapi tiada jawapan diberikan.
“Sudah lama berlalu...kita mahu tunggu apa lagi...malang tidak berbau,” ujarnya lagi.
Comments