Garis panduan tatalaku media sosial akan diwujudkan – Fahmi Fadzil
- nabalunews
- Aug 11, 2024
- 1 min read

10 Ogos 2024
KUALA LUMPUR: Garis panduan tatalaku akan diwujudkan bagi kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan platform media sosial.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, garis panduan itu kini sedang dirangka dan dijangka akan selesai pada Disember depan.
“Kita akan mulakan sesi libat urus dengan pemegang taruh untuk membina dan mewujudkan satu draf garis panduan tatalaku (code of conduct) untuk platform media sosial yang akan dilesenkan.
“Proses pelesenan platform media sosial ini akan selari dengan usaha membangunkan garis panduan tatalaku ini,”katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di ibu negara, hari ini,
Mengulas lanjut, Fahmi memaklumkan, garis panduan tersebut akan terguna pakai kepada semua platform media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia.
Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi berharap dengan adanya kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang telah diperkenalkan dan akan berkuatkuasa mulai tahun depan, ia akan mampu mengekang kanak-kanak yang berusia 13 tahun kebawah untuk memiliki apa jua bentuk akaun media sosial.
Tindakan itu adalah bagi menbanteras kadar jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak dari terus meningkat di masa hadapan.
“Mungkin ada beberapa perkara yang akan kita tegaskan kepada mereka (platform media sosial) bagaimana untuk mengelak kanak-kanak dari mendaftar akaun media sosial.
“Kerana kita tahu kanak-kanak mempunyai pelbagai cara untuk memiliki akaun media sosial termasuk meminta rakan rakan yang lebih tua untuk mendaftarkan mereka,” tambahnya.















Comments