top of page

Gelombang varian Omicron sudah landa Malaysia, kes Covid dijangka naik - Khairy

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 27, 2022
  • 1 min read


27 Januari 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa gelombang varian Omicron kini sudah melanda Malaysia. Menurut beliau keadaan itu akan mempengaruhi situasi semasa kes Covid-19 di negara ini ekoran varian tersebut dan menjangkakan akan berlakunya peningkatan kes Covid-19. Bagaimanapun, beliau berkata situasi itu masih dalam keadaan terkawal susulan kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini. "Gelombang Omicron bermula di Malaysia. Kes akan meningkat namun insya-Allah (keadaan akan) terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi. “Sistem kesihatan sudah bersiap siaga, kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di media sosialnya pada semalam. Kes pertama varian Omicron di Malaysia dikesan pada 3 Disember lalu melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021. Setakat 25 Januari, negara merekodkan sebanyak 601 kes Covid-19 varian Omicron.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page