top of page

MCMC beri amaran jangan hasilkan, sebar kandungan 3R

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

3 Mei 2026


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).


Menurut MCMC, kandungan itu khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau boleh mencetuskan ketegangan awam.


“MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan platform dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.


“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham atau permusuhan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Suruhanjaya itu berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk memantau, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.


Jelasnya, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda hingga RM500,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya.


“MCMC turut mengambil tindakan terhadap penyedia platform yang tidak memberi kerjasama, selain mengingatkan mereka supaya mematuhi undang-undang serta mencegah penyalahgunaan perkhidmatan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page