top of page

Gema Gempita Kaamatan 2024 meriahkan SK Pekan Kota Belud

  • nabalunews
  • Jul 27, 2024
  • 1 min read

ree

27 Julai 2024


KOTA BELUD: Program Gema Gempita Kaamatan 2024 yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini di Dewan Harmoni Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Belud telah melabuhkan tirainya dengan meriah.


Program anjuran Panitia Pendidikan Muzik, Kelab Kebudayaan, dan Pusat Sumber Sekolah ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, menghargai warisan budaya KadazanDusun, serta mengembangkan bakat murid.


Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Sugandoi, Tanak Topiodo, Unduk Dazanak, dan Buvazoi Tavantang, program ini telah berjaya menarik minat ramai peserta dari pelbagai peringkat umur.


Lebih membanggakan, seramai 54 peserta telah berjaya ke peringkat akhir dalam beberapa kategori pertandingan.


Sokongan padu pelbagai pihak, termasuk ibu bapa, guru, serta masyarakat setempat memastikan kejayaan program ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, turut menyumbangkan RM2,000 kepada penganjur program ini sebagai tanda sokongan beliau terhadap usaha murni ini.


"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sumbangan dan sokongan anda amat bermakna bagi kami," ujar Ketua Panitia Pendidikan Muzik SK Pekan Kota Belud, Flarlye Mujik.


Sementara itu Guru Besar SK Pekan Kota Belud, Rusdi Suin, dalam ucapan pembukaannya berkata program ini akan dijadikan acara tahunan sekolah bagi melestarikan budaya pelbagai etnik, khususnya Dusun, Bajau Iranun.


Beliau berharap program ini dapat terus berkembang pada masa akan datang.


"Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi ia merupakan platform untuk kita semua meraikan keunikan budaya kita. Saya berharap semangat perpaduan yang dipupuk melalui program ini dapat terus subur dalam kalangan murid-murid," ujar Rusdi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page