Gempa bumi lemah berlaku di Kundasang, pagi tadi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Gempa bumi lemah berlaku di Kundasang, pagi tadi


14 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUNDASANG: Gempa bumi lemah berlaku di Kundasang, pada jam 7:27 pagi hari ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu dapat dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.


Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jarak 13 kilometer (km) barat laut dari Ranau dan dikesan berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan magnitud 3.1.


Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.


“Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan https://forms.gle/1Yq2EoxSx5azJ87t9,” kata kenyataan itu.

bottom of page