Gempa bumi lemah di perairan Tawau
- nabalunews
- Aug 16, 2024
- 1 min read

16 Ogos 2024
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.9 pada skala Richter berlaku di perairan Tawau, jam 10.19 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 4.4 darjah utara dan 118.8 darjah timur.
“Gempa bumi itu dikesan 36 kilometer timur dari Semporna dengan kedalaman 19 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.















Comments