top of page
  • nabalunews

GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA MINDANAO, FILIPINA


16 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada pukul 6.37 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku kira-kira 18 kilometer (km) Timur Laut dari Bislig, Filipina pada kedalaman 36 km.

Bagaimanapun,  kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

- Bernama

bottom of page