top of page

Genius Sports Perbaharui Kerjasama Rasmi Data Bersama Malaysian Football League

  • nabalunews
  • Jul 26, 2025
  • 2 min read

26 Julai 2025


KUALA LUMPUR: Malaysian Football League (MFL) dengan bangganya mengumumkan pembaharuan kerjasama eksklusif dengan Genius Sports untuk tempoh lima tahun lagi, bermula dari musim 2025–2026 sehingga musim 2029–2030.


Sistem Football LiveStats oleh Genius Sports akan merekod dan mengedarkan statistik rasmi perlawanan dari setiap perlawanan, sekali gus menyediakan kemaskini secara langsung kepada peminat bola sepak Malaysia melalui laman web, siaran langsung dan platform media lain.


Sebagai rakan permainan rasmi kepada beberapa liga bola sepak terbesar dunia termasuk FIFA, EFL dan MLS, Genius Sports akan melancarkan permainan fantasi dan ramalan khas (predictor games) untuk MFL.

Peminat bola sepak Malaysia boleh menguji pengetahuan mereka mengenai pemain kegemaran serta bersaing dengan rakan-rakan dan peminat lain di seluruh dunia.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd dan Ketua Pegawai Perkongsian Strategik, Genius Sports, Steven Burton menandatangani perjanjian baharu itu yang berlangsung pada Khamis disaksikan oleh Dato’ Ab Ghani dan Naib Presiden Perkongsian Strategik Sukan di Genius Sports, Mohamed Feizel.


Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, beliau berharap kerjasama yang diteruskan ini akan memberi impak positif kepada Liga Malaysia serta mengukuhkan lagi hubungan dengan para peminat bola sepak.

"Kerjasama ini mencerminkan keyakinan kami terhadap keupayaan Genius Sports untuk terus membangunkan aspek digital dan komersial Liga Malaysia melalui teknologi terkini, sekali gus membawa liga ini lebih dekat dengan peminat tempatan.


"Dalam era bola sepak moden yang dipacu teknologi dan inovasi, data dan statistik secara langsung adalah penting untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada penyokong Liga Malaysia.


"Melalui kerjasama ini bersama Genius Sports, kami berharap dapat mewujudkan platform terbaik bagi pengumpulan dan pengedaran data perlawanan secara langsung kepada MFL dari musim ini hingga 2029–2030," katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Perkongsian Strategik Genius Sports, Steven Burton berkata, MFL telah membina reputasi sebagai salah satu organisasi paling inovatif dan canggih dari segi teknologi dalam bola sepak Asia.


Katanya, mereka teruja untuk meneruskan kerjasama ini dan teknologi digunakan terbukti meningkatkan pengalaman peminat dalam setiap perlawanan serta membuka peluang pendapatan baharu untuk perkembangan bola sepak Malaysia di peringkat global.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page