Georgina menang tanpa tanding Ketua Bahagian UPKO Ranau yang baharu

6 Ogos 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
RANAU: Bekas calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi kawaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan pada Pilihan Raya Negeri 2020 Georgina L George menang tanpa tanding Ketua Bahagian UPKO Ranau yang baharu bagi sesi 2022-2025.
Georgina sebelum ini pemangku ketua bahagian Upko Ranau.
Manakala Timbalan Ketua Bahagian pula ialah Rexie A.S Gubat, Roger Tiam Sinusun (Naib Ketua I) dan Hj.Mohmad Jeofrey Yussin (Naib Ketua II).

Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Ranau itu diadakan di Rest House Lohan, dirasmikan oleh Presiden Kehormat UPKO Malaysia Tan Sri Bernard G.Dompok.
Turut hadir Presiden UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau, Naib Presiden Datuk Ewon Benedick dan para pemimpin parti yang lain.

Pada majlis itu Madius turut menerima borang keahlian baharu seramai 100 orang daripada Jabilin Kesingin.
Comments