Gerakan Doktor Kontrak teruskan mogok pada 26 JulaiGerakan Doktor Kontrak teruskan mogok pada 26 Julai
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Gerakan Doktor Kontrak teruskan mogok pada 26 Julai


Gambar Hiasan

24 Julai 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan meneruskan perarakan keluar beramai-ramai daripada kawasan hospital pada Isnin ini (26 Julai) selepas kerajaan didakwa gagal memenuhi beberapa tuntutan kumpulan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam.


Menerusi satu kenyataan media, kumpulan itu menolak penyelesaian yang dikemukakan Kerajaan kerana dianggap tidak dapat menyelesaikan isu pegawai kontrak.


Tambahnya, tawaran itu hanya akan mempertaruhkan sistem penjagaan kesihatan negara kerana ramai akan memilih untuk meninggalkan sistem itu.


Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perancangan untuk pelanjutan kontrak selama dua tahun bagi pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan wajib.

Manakala, kontrak akan dilanjutkan maksimum empat tahun kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang telah terpilih untuk mengikuti program Sarjana.


Mereka juga ditawarkan permohonan untuk menyertai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) serta beberapa faedah lain, sama seperti pegawai tetap.


"Penyelesaian yang ditawarkan tidak menangani masalah sebenar. Seorang pegawai perubatan kontrak akan sentiasa dilihat sebagai doktor kelas kedua berbanding doktor yang berstatus tetap.


"Isu kekurangan keselamatan pekerjaan tidak dapat diselesaikan hanya kerana kontrak dilanjutkan dua tahun. Sebaliknya, jawatan tetap bagi semua pegawai kontrak harus diberikan.


"Walaupun doktor kontrak dibenarkan untuk memohon HLP, penawaran jangka masa kontak yang pendek agak aneh kerana ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum pegawai perubatan diterima dalam program Ijazah Sarjana.


"Pemanjangan kontrak maksimum empat tahun juga tidak masuk akal kerana jangka masa dalam program itu sendiri adalah minimum empat tahun, tidak termasuk tempoh pewartaan yang memerlukan masa enam hingga 18 bulan ... Ini menunjukkan kurangnya pemahaman dalam latihan pakar tempatan kami," kata gerakan itu.


Perarakan itu akan diadakan di seluruh pusat kesihatan dibawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Seramai 4,000 pegawai perubatan akan menyetai mogok yang akan diadakan pada pukul 11 pagi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page