Geram Beat A juara Tarik Tali Terbuka Kota Belud 2022
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Geram Beat A juara Tarik Tali Terbuka Kota Belud 2022


Carlye (tengah) menyampaikan hadiah kepada Pasukan Geram Beat A, juara tarik tali, turut kelihatan Jolyhame (empat kanan) dan para pemain.


14 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pasukan Geram Beat A dari Putatan dinobatkan juara Pertandingan Tarik Tali Pisompuruan Terbuka Kota Belud sempena Program Santai Raya-Kaamatan 2022, di Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di Skyblue Piasau, di sini, hari ini.


Dengan kemenangan itu mereka membawa hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, piala dan medal.



Naib juara dimenangi pasukan dari Ranau yang menggelarkan kumpulan mereka "Baradungal" menerima hadiah wang tunai RM1, 200, piala dan medal.


Ketua Pasukan Baradungal Norman Chan berkata, Pasukan Baradungal (sebelum ini dikenali sebagai Earthquake) Ranau ditubuhkan pada tahun 2016.


Naib juara bergambar bersama ahli jawatankuasa penganjur.

"Ketika itu cuma satu team yang bersaing di peringkat kampung-kampung, tetapi berkat minat terhadap sukan tarik tali, kami meneruskan latihan dan mula mengikuti pertandingan-pertandingan terbuka seperti di Tambunan, Keningau, Sipitang, Kota kinabalu dan trmpat-tempat lain.


"Pencapaian tertinggi kami ialah Naib Johan pertandingan tarik tali terbuka Kota Belud 2022, tempat ketiga pada pertandingan tarik tali sempena Pesta Buah Sipitang 2019 dan naib juara dalam pertandingan Gegar Keningau 2017," katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Carlye menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ketiga.

Tempat ketiga Pertandingan Tarik Tali Terbuka Kota Belud dimenangi Pasukan Cili Padi dari Papar, manakala tempat keempat Pasukan TNT dari Tambunan.


Hadiah-hadiah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian merangkap Naib Presiden dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Datuk Ewon Benedick.



Kesemua hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Carlye Lajimin.


Sementara itu Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pemuda UPKO Kota Belud Jolyhame Saran berkata, sebanyak tujuh pasukan mendaftar untuk menyertai pertandingan itu namun pasukan dari Kudat menarik diri pada saat-saat akhir berikutan pemain pasukan itu mengalami kecederaan semasa sukan tradisi di Kudat.



"Saya berpuas hati dengan sambutan para peminat sukan tarik tali di Sabah. Kami berhasrat untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan sempena Sambutan Pesta Kaamatan," katanya.


Pertandingan itu diadili pengadil profesional Karno Jeff dan Liza Joroh. Kedua-dua mereka adalah pengadil kebangsaan yang mengadili pelbagai pertandingan peringkat negeri termasuk Pertandingan Tarik Tali Sempena Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang.




bottom of page