Gereja-Gereja SIB Ulu Kadamaian Bergabung Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Melangkap Kapa
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News : Kidd
8 Mac 2026
KOTA BELUD: Beberapa gereja di bawah Sidang Injil Borneo (SIB), termasuk Gereja SIB Kiau Taburi, SIB Kiau Nuluh, SIB Gahui, dan Kawasan SIB Kinabalu, telah bergabung dalam usaha menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Melangkap Kapa baru-baru ini.
Sumbangan yang disampaikan berupa bantuan wang tunai dan barangan makanan asas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang terjejas akibat musibah tersebut.
Difahamkan, kejadian kebakaran itu telah memusnahkan sebanyak 11 buah rumah, manakala tiga lagi rumah turut terkesan dalam insiden yang menimpa penduduk kampung berkenaan.

Melalui usaha kebajikan ini, pihak gereja berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa serta menjadi lambang kasih sayang dan perpaduan masyarakat dalam membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan.











