top of page

Gereja SIB Kg. Telungan anjur Majlis Makan Amal

Wartawan Nabalu News

3 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Majlis Gereja SIB Kg. Terintidon menganjurkan majlis Makan Amal bagi mengumpul dana tabung Pembangunan Gereja kampung itu


Pengerusi Penganjur Pastor Abbie Irwan Giron merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis itu.


"Terima kasih kepada semua dermawan yang bermurah hati memberikan sumbangan serta sokongan kepada kami," katanya.

Pastor Abbie Irwan turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih, kepada Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas keperihatinan beliau terhadap keperluan badan-badan keagamaan di kawasan DUN Kadamaian.


Program Makan Amal ini dihadiri oleh Pemaju Mukim DUN Kadamaian Anichlose Kesimin, mewakili Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Turut hadir Majlis kepimpinan gereja SIB Telungan serta wakil daripada gereja-gereja kawasan Nahaba.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page