Gereja SIB Lobong-Lobong Terima Sumbangan Dana Pemasangan Tiles Dari Datuk Ewon Benedick
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

13 Julai 2025
KOTA BELUD : Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Lobong-Lobong di sini merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick atas sumbangan dana yang disalurkan bagi pemasangan jubin lantai (tiles) di gedung gereja berkeluasan 40x70 kaki persegi.
Datuk Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah menyalurkan bantuan tersebut sebagai salah satu inisiatif memperkasa pembangunan kemudahan komuniti setempat, khususnya rumah ibadat.
Wakil gereja memaklumkan bahawa dengan pemasangan jubin tersebut, ruang gedung gereja kini lebih selesa, bersih dan sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan serta perhimpunan komuniti.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan Datuk Ewon dalam menyokong keperluan rakyat di kawasan Kadamaian, khususnya dalam aspek pembangunan spiritual dan kemudahan awam.
Comments