GLC perlu distrukturkan semula, kurangkan pengaruh politik: PhoongGLC perlu distrukturkan semula, kurangkan pengaruh politik: Phoong
top of page
  • Wartawan Nabalu News

GLC perlu distrukturkan semula, kurangkan pengaruh politik: Phoong



12 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu distrukturkan semula bagi memastikan kerajaan menerima revenue seterusnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe berkata, perkara ini perlu kerana ianya memberi manfaat bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi negeri tetapi juga rakyat secara keseluruhannya.


“Saya setuju apa yang dibuat oleh kerajan dari segi penstrukturan semula ke atas GLC sedia ada.


“Satu cadangan…kita harus kurangkan pengaruh ahli politik dalam GLC kerana GLC ini ditubuhkan untuk membantu kerajan negeri sebagai pemacu negeri untuk membangunkan ekonomi.


“Bagi saya, kita perlu membenarkan pakar-pakar yang ada untuk masuk ke dalam GLC. Kita pilih mereka dan masukkan dalam GLC agar negeri mendapat manfaatnya serta usaha ini juga dapat mengukuhkan lagi GLC,” katanya semasa Webinar “Semakan Belanjawan 2022, Masa Hadapan Untuk Sabah, anjuran Kinabalu Reform And Research Initiative For Strategic Leadership (KRISTAL), kelmarin.


Tambah beliau, kerajaan juga harus memastikan GLC diberikan satu tujuan yang jelas kerana kebanyakan GLC sedia ada tidak mempuyai matlamat dan tujuan yang jelas.


“Saya masih ingat pada sesi persidangan sebelum ini saya ada bangkitkan persoalan tentang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).


“SEDCO ditubuhkan untuk membantu membangunkan ekonomi negeri kita tapi nampaknya ia mengalamai kerugian yang besar sejak kebelakangan ini. Jadi saya rasa kita harus menstrukturkannya semula dan tetapkan hala tuju yang jelas kepada mereka,” ujar Phoong.

bottom of page