Golongan B40, M40 dan penjaja kecil antara penerima subsidi minyak masak bersasar tahun depan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Golongan B40, M40 dan penjaja kecil antara penerima subsidi minyak masak bersasar tahun depan


3 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


GOPENG: Golongan B40, M40 dan penjaja kecil akan menerima subsidi minyak masak bersasar yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mulai tahun hadapan.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, berkata kementerian sedang mengemas kini pangkalan data penerima subsidi yang dijangka siap hujung tahun ini.


"Kita sudah kenal pasti kumpulan sasar, kita sudah kumpulkan pangkalan data. Data ini akan diintegrasi dan diekstrak (penerima subsidi minyak masak bersasar)," katanya selepas melancarkan Jualan Rahmah Bergerak dan Aduan Suri peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Gopeng, pada Ahad.


Beliau juga berkata sebuah pasukan khas akan menyiasat aduan kekurangan minyak masak bersubsidi di pasaran. Tambah beliau, kerajaan menyediakan 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi setiap bulan untuk golongan sasar.


Fuziah turut memberi amaran bahawa KPDN tidak akan berkompromi terhadap kes pembelian bersyarat barangan kawalan. Beliau menasihatkan pengguna agar memanfaatkan saluran aduan yang disediakan oleh kementerian.


"Saya menyarankan semua yang menjadi mangsa, sama ada peringkat peruncit, peringkat pemborong, harus ke depan kerana kita tidak ada toleransi kalau sekiranya ia datang dari peringkat lebih tinggi," katanya.


Menurut beliau, setakat ini KPDN menerima 71 aduan seluruh negara mengenai pembelian bersyarat ke atas barangan kawalan dan 17 kes telah diambil tindakan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page