top of page

Gotong-Royong Bina Mini Ampangan Air Graviti di Kampung Kaung Ulu

nabalunews
Aug 27, 2025
1 min read

25 Ogos 2025


KOTA BELUD: Seramai 40 penduduk Kampung Kaung Ulu bersama empat pegawai Jabatan Kesihatan Malaysia berganding bahu menjayakan program gotong-royong membina mini ampangan air graviti di kampung tersebut pada Isnin.


Program anjuran bersama penduduk setempat dan Jabatan Kesihatan Daerah Kota Belud itu bertujuan menyediakan sumber asas bagi pembinaan ampangan air graviti sebagai bekalan air bersih untuk kegunaan harian masyarakat kampung.


Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk mengangkat batu dan pasir ke tapak pembinaan, yang akan dijadikan asas struktur ampangan. Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah selaku penyelaras utama penyediaan bahan-bahan pembinaan.

Bagi menghargai semangat kerjasama peserta, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kaung Ulu turut menyediakan makanan dan minuman sepanjang gotong-royong.


Gotong-royong ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan infrastruktur asas kampung, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan pihak berkuasa, sekali gus mencerminkan semangat komuniti yang tinggi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page