Gotong-Royong JKKK dan PKSKKB Bersihkan 11 Lot Kedai Terbakar di Taginambur
- nabalunews
- Mar 28
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
28 Mac 2026
KOTA BELUD: Sebanyak 11 lot rumah kedai yang musnah dalam kebakaran pada 15 Februari lalu dibersihkan melalui program gotong-royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahab bersama Persatuan Kebajikan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB), hari ini.
Kawasan yang terjejas terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang Taginambur. Program ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa serta membersihkan sisa-sisa kebakaran demi keselesaan komuniti setempat.
Pengerusi PKSKKB, Baini @ Mainie Lakin, merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Menurutnya, semangat tolong-menolong yang ditunjukkan amat dihargai dalam memastikan program berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, atas sokongan serta sumbangan yang disalurkan.
Turut hadir dalam gotong-royong tersebut ialah Pengerusi JKKK Kampung Bahab, Yezree Sumping; Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Melon Yaming, yang mewakili Datuk Ewon, Dr. Sherron Setimin; serta kesemua sukarelawan yang membantu mangsa kebakaran di kawasan bawah SMK Narinang Taginambur.















Comments