Gotong Royong MADANI dapat sambutan mengalakan
- nabalunews
- Aug 14, 2025
- 1 min read

14 Ogos 2025
KOTA BELUD: Semangat kebersamaan terus terserlah apabila Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung menganjurkan Program Gotong-Royong MADANI pada Khamis, bermula jam 1.00 petang.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah menyimen bahagian hadapan kantin sekolah, melapis lantai beberapa buah bilik darjah, serta menceriakan kawasan pembelajaran dengan mengecat mural bagi Tahun 1 hingga Tahun 6, termasuk kelas Agama dan Pusat Sumber (Perpustakaan).
Seramai 41 orang telah hadir bagi menjayakan program ini, terdiri daripada ibu bapa, guru, dan kakitangan sekolah yang berganding bahu tanpa mengira penat lelah demi keselesaan serta keceriaan warga sekolah.

Pihak penganjur turut menyediakan jamuan minum petang sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat.

Program ini jelas mencerminkan semangat MADANI dan komitmen komuniti terhadap pendidikan, walaupun di kawasan pedalaman seperti SK Kaung.















Comments